Homestay murah di Ayer Keroh Melaka

Sebut je Melaka, dah terbayang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Bukan setakat di bandar saja, malah kawasan pinggir bandar seperti di Ayer Keroh pun banyak Lokasi terbaik tumpuan pelancong di Melaka!.


Disebabkan tu, banyak homestay-homestay milik Muslim wujud untuk memenuhi permintaan untuk penginapan dari para pelancong. Di bawah ni antara homestay yang mendapat review tinggi dari tetamu untuk rujukan bagi yang nak bercuti ke sini.

Homestay di Ayer Keroh Melaka yang mendapat review terbaik dari pelancong! Alternatif dari menginap di Hotel Melaka.


1. Homestay Kontena.

Nak bercuti tak semestinya nak kena menginap di hotel. Banyak je homestay atau chalet yang best-best yang korang boleh cuba. Contohnya  Homestay Kontena ni.



Tengoklah sendiri. Kemain striking warna kontena ni dari luar kan. Lawa lah pulak. Kalau bergambar mesti cun habis. Siap ada kolam renang depan bilik lagi. Buka-buka pintu, anak-anak dah boleh terus terjun dalam tu.



Kalau korang nak tahu, kawasan homestay ni berada di kawasan perkampungan sawah padi tau. Petang-petang boleh lah bawa anak-anak jalan tengok kampung. Bagi dorang kenal suasana kampung macam mana. Malam pula boleh masak BBQ sama-sama. 

Nak nginap dekat sini korang kena booking awal-awal sebab bilik kontena hanya ada 4 je. Unit studio pun ada tapi hanya 2 unit je.  Dan selalunya memang akan fully booked. Sebabnya korang kena baca pengalaman lengkap tentang bercuti di Kontena Homestay Melaka ni.

Alamat :
Lot 2951, Jalan Imam Kadir,
Bukit Katil, 75450 Melaka.


2. Homestay Ainizie


Bagi yang plan nak pergi bercuti di Melaka dan nak cari 2-3 buah homestay yang berdekatan, Homestay Ainizie adalah pilihan terbaik.


Mempunyai 3 unit homestay di dalam taman yang sama iaitu Homestay Idaman 40, Homestay Nuri 24 dan Homestay Nuri 23. Bezanya Homestay Idaman 40 mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air manakala Homestay Nuri 24 dan Homestay Nuri 23 pula mempunyai 4 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air.


Setiap unit homestay dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap termasuk peralatan untuk memasak dan mesin basuh baju. Nak berBBQ pun boleh. Tapi kena request masa booking ye.
Alamat :
Taman Desa Idaman,
76100 Durian Tunggal, Melaka.


3. Homestay Damai (Mukmin Homestay Melaka)

Kalau korang tercari-cari homestay yang ada kolam renang yang luas dan privacy, Homestay Damai adalah pilihan terbaik buat korang. 



Sebuah rumah 'corner lot' ala vila yang cantik dengan hiasan pokok-pokok di halamannya.  Mempunyai gazebo untuk bersantai dan ruang luar berbumbung yang luas untuk buat pelbagai aktiviti keluarga.



Homestay ni ada 3 buah bilik berhawa sejuk dengan 2 buah bilik air.  Kemudahan semua lengkap termasuk dapur dengan peralatan memasak dan juga BBQ set !!.

 Alamat :
 17, Jalan Bkd 2,
 Taman Bukit Katil Damai 2,
 75450 Ayer Keroh, Melaka.


4. Marma Homestay Melaka Eksklusif

Tercari-cari homestay 4 buah bilik masa bercuti di Melaka? Jangan risau sebab Marma Homestay ada ciri yang korang cari tu.

Homestay jenis rumah semi D ni menyediakan 4 buah bilik dan 3 buah bilik air termasuk bilik air di tingkat bawah.  Setiap bilik ada sebuah katil queen yang selesa untuk korang berehat-rehat.


Nak memasak, takde masalah. Peralatan di dapur semua lengkap. Dapur luas pulak tu. Seronok merewang memasak bersama ahli keluarga. Nak BBQ pun boleh tapi kena bawa semua sendiri.

Dekat depan rumah ada sebuah padang kalau nak buat aktiviti. Macam-macam aktiviti boleh main. Lokasi rumah pulak terletak di penghujung jalan, so tak lah sibuk dengan kereta. Lebih selamat untuk anak-anak. 

Alamat :
No 29, Jalan BKD 5C,
Taman Bukit Katil Damai,
75450 Ayer Keroh, Melaka.


5. Anugerah Homestay Melaka - Homestay Melaka Private Swimming Pool

Anugerah Homestay mempunyai beberapa jenis homestay mengikut bajet  tetamu. Tapi dalam banyak-banyak tu yang paling menarik perhatian adalah Homestay Melaka Private Swimming Pool ni. Salah satu sebabnya ialah harga yang ditawar sangat-sangat lah berpatutan untuk homestay yang ada kolam renang. 


Ada 5 bilik tidur dengan 3 bilik air. Semua bilik berhawa dingin dan ada katil queen kecuali bilik master ada 2 katil queen. Kalau korang bawa toto sendiri pun ok sangat sebab bilik dia luas. Satu rumah ni boleh muat 20 orang dengan selesa.




Kemudahan lain ada ruang tamu dengan sofa besar, meja makan untuk 10 orang, dapur dengan peralatan memasak yang lengkap, set BBQ dan juga kolam renang dengan kedalaman 2.5 kaki. So kena pantau anak-anak masa mandi ok. 

Alamat :
Taman Desa Idaman, 
76100 Durian Tunggal, Melaka.


6. Suasana Oasis Ayer Keroh Melaka

Suasana Oasis Ayer Keroh merupakan sebuah homestay jenis apartment. Jangan risau kalau korang bawa warga emas bersama sebab unit homestay terletak di tingkat bawah. So tak perlu nak naik tangga bagai.


Homestay ni mempunyai 3 buah bilik berhawa dingin buat para tetamu. Yang penting bersih dan selesa.

Antara kemudahan lain yang disediakan ialah wifi percuma, ruang tamu, dapur yang lengkap untuk memasak, seterika dan tempat letak kereta percuma. Rata-rata tetamu yang telah menginap sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediaka dan harga yang dikenakan sangat berpatutan.

Alamat :
C-G-6, Jalan TU 2,
Kampung Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Melaka.


7. Homestay 4Us Melaka

Kadang bila bercuti ni nak lah juga cari homestay yang selesa, sedap mata memandang.  Penat drive jejauh, masuk homestay yang bersih dan kemas, hilang semua rasa penat tu. Contohnya macam Homestay 4Us Melaka ni. 


Bersih je kan nampak. Cerah pulak tu. Penting juga warna cat ni rupanya. Cuba masa korang masuk homestay, gelap je warna sekeliling. Rimas dan rasa sempit je walau rumah tu besar. 



Homestay 4Us merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik airhanya. Semuanya berhawa dingin. Jarak homestay hanya 15 minit dari tol Ayer Keroh. Nak memasak juga dibenarkan di sini. Semua peralatan memasak ada disediakan. Mesin basuh dan kemudahan seterika pun ada. Complete set lah orang kata.

Alamat:
No 79, Jalan MH 4/3,
Taman Muzafar Height, 
773005Ayer Keroh, Melaka.


8. Homestay Muslim Ayer Keroh

Kalau korang perasan banyak betul pilihan homestay di Taman Tasik Utama ni. Kenapa ye? Haa sebab lokasinya yang strategik. Walau jauh dari kesibukan bandar Melaka tapi masih mudah untuk akses ke banyak tempat menarik termasuk kedai-kedai makan yang viral di Melaka ni.


Antaranya ialah Homestay Muslim Ayer Keroh ni. Bersih, terang, kemas dan cantik je susun atur perabot dan hiasan rumah ni kan. Minimalist sangat. Berkenan tengok. Homestay ni mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Ruang makan pun ada. Nak memasak dipersilakan sebab semua kelengkapan memasak disediakan. Tapi lepas tu pandai-pandai lah kemas semula. Sayang homestay dah cantik tapi tetamu pulak tak reti jaga. Kesian tuan rumah, kesian pada tetamu yang akan datang. Ye tak!!

Alamat :
No.10, TU 25,
Taman Tasik Utama,
75450Ayer Keroh, Melaka.


9. Guest House D'Tasik Melaka

Alahai cantiknya kolam renang dekat sini. Ni kalau buat sambutan hari jadi ke, ulang tahun ke mesti best kan. Potong kek tepi kolam. Curlass sangat. Privacy lagi.


Bahagian dalam rumah Guest House D'Tasik ni pun luas, bersih dan kemas. Ada 3 buah bilik dan 2 bilik air kesemuanya. Fully aircond. Tuan rumah siap provide extra toto lagi kot tak cukup katil kan. Biasa lah cuti ramai-ramai ni kan. Nak memasak pun boleh. Periuk kuali ada disediakan. Tinggal nak guna je.


Kalau dah tergoda tu cepat-cepat lah booked. Sebab homestay yang ada kolam ni selalu macam pisang goreng panas. Laku cepat. Lambat sikit gigit jari tepi katil lah jawabnya. Hehe. 

Alamat :
TU 3, Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh, Melaka.


10. Homestay Terbaik Melaka

Lagi homestay dengan kolam renang di Melaka. Al-maklum lah Melaka kan panas cuaca dia. Dapat berendam dalam kolam, memang nikmat untuk anak-anak. Tak lah mereka meragam. Percutian pun jadi tenang dan aman. 




Homestay Terbaik Melaka ni merupakan rumah jenis Semi D 2 tingkat dengan 4 bilik dan 3 bilik air. Semua bilik berhawa dingin. Jangan risau. Boleh muat 20 orang semuanya.


Kemudahan semua lengkap. Ada ruang tamu yang selesa dan berhawa dingin, meja makan, kelengkapan dapur untuk memasak, mesin basuh baju, water dispenser dan tempat untuk BERBBQ yang luas.

Paling menarik korang boleh dapat 20% off ke tempat-tempat menarik di Melaka seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Melaka Wonderland Theme Park, Menara Taming Sari dan Melak River Cruise. Cuma korang kena inform 2-3 hari awal dekat tuan rumah. Best kan!! 

Alamat :
24, Jalan TU 18,
75450 Ayer Keroh, Melaka.


11. Teata Villa Muslim Homestay


Teata Villa Muslim Homestay  mempunyai 2 unit banglo 1.5 tingkat yang terletak bersebelahan. Sesuai untuk korang yang datang bercuti dengan sanak saudara yang ramai. Harga pun sangat berpatutan.


Homestay ni mempunyai 5 buah bilik tidur dan 3 buah bilik air. Semua bilik berhawa dingin dengan katil bersaiz queen. Ada extra toto disediakan. Kot tetiba anak-anak nak tidur reramai depan tv ke kan. Seperti homestay yang lain, tuan rumah juga menyediakan kemudahan yang lengkap untuk keselesaan para tetamu. Semua yang diperlukan semua ada. 



Lokasi homestay pula dalam 15 minit dari exit Ayer Keroh dan nak ke tempat menarik sekitar Ayer Keroh dalam 6-10 minit memandu. Nak ke bandar Melaka pula dalam 20 minit saja. Tapi kalau jalan tak jammed kejap je boleh sampai tu.

Alamat :
Taman Anjung Gapam,
77200 Bemban, Melaka.


12. Homestay Teratak Melati

Ni lagi satu homestay dengan 5 bilik bagi korang yang nak homestay yang besar. Bezanya  homestay Teratak Melati ni takde kolam renang. Tapi harga yang dikenakan sangat murah. Memang berbaloi-baloi. Boleh jimat banyak berbanding tidur di hotel. Dengar kata tuan rumah dia peramah sangat. Ok lah kan. Kita nak tumpang nginap pun akan rasa selesa. 



Tengok lah ruang tamu dia. Kemain besar dan luas. Ni duduk ramai-ramai layan tv memang syok. Nak main mini game macam congkak ke, dam ular ke, memang best. Tapi korang kena lah bawa sendiri semua tu. Hehe. Wifi pun ada kalau korang nak. Nak rasa angin luar, korang boleh lepak dekat balkoni atas. Ada sofa disediakan. 



Bilik-bilik pun semua luas, kemas dan bersih. Siap bagi extra toto dan bantal lagi. Bahagian dapur pun sama. Luas seluasnya.  Lengkap dengan mincrowave, oven, peti ais dan peralatan memasak. Boleh lah korang masak dan makan ramai-ramai. Jimat lagi duit kan. Nak beli bahan untuk masak boleh beli dekat deretan kedai depan tu.  Nak ke Mydin pula hanya 2km je. 

Alamat :
6, Jalan TU 38,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.


13. Sheera Homestay, Ayer Keroh, Melaka

Satu lagi homestay jenis apartment yang ada di Ayer Keroh. Kalau korang tercari homestay yang mudah untuk dikemas semasa check out, korang patut pilih Sheera Homestay ni. Rumahnya tak terlalu besar dan terlalu kecik. Namun tetap beri keselesaan untuk menginap. 


Homestay ni mempunyai 3 buah bilik tidur dan lengkap dengan kemudahan dan peralatan seperti ruang tamu dengan sofa dan TV (Astro Family Pack), meja makan, peralatan memasak, seterika dan juga telekung dan sejadah.


Ni untungnya kalau stay di homestay milik Muslim. Semua kelengkapan termasuk untuk ibadah ada disediakan. Harga yang dikenakan pula sangat berpatutan dan jauh lagi murah dari harga hotel. 

Alamat :
B-1-22, Blok Teratai, Jalan TU 61,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh, Melaka.



Ok tu saja perkongsian kali ni. Sebenarnya ada banyak lagi homestay yang menarik, murah dan selesa yang ada di sekitar Ayer Keroh dan seluruh Melaka. Korang kena rajin survey. Nak survey lagi korang kena baca Homestay Melaka untuk percutian yang indah ni pula.

Post a Comment

Previous Post Next Post