Homestay murah di Pantai Klebang Melaka

Tak sah kalau ke Melaka tak singgah Pantai Klebang. Petang-petang duduk tepi pantai sambil pekena Coconut Shake Klebang yang popular tu. Memang nikmat. Nak stay area pantai klebang sini pun ok sebab lokasinya strategik dan Senang nak pergi tempat paling seronok di Melaka!. (site: ibusyurga.blogspot.com)



Homestay di Klebang Melaka untuk percutian bersama keluarga yang menyeronokkan! [Update 2020]


1. Homestay Melaka Taman Limbongan Permai


Bila bercuti dengan keluarga besar, sewa homestay lebih menjimatkan sebenarnya. Selain tu senang nak manage semua orang bila stay bawah satu bumbung.


Kalau korang plan nak bercuti di Pantai Klebang beramai-ramai, Homestay Melaka Taman Limbongan Permai ni patut masuk dalam list korang. 

Homestay ni ada 3 buah bilik berhawa dingin yang muat untuk 11 orang. Siap ada extra katil bujang lagi. 


Ruang tamu luas. Boleh ramai-ramai duduk sama sambil borak sakan. Dapur pula lengkap dengan peralatan memasak termasuk mesin basuh baju.

Laman rumah pun luas. Boleh buat aktiviti ringkas seperti mini sukaneka dan BBQ.

Lokasi homestay pun best. Nak ke bandar Melaka sekitar 2km, Jonkee Street dan Pantai Puteri dalam 15 minit perjalanan. 


Alamat :
2, Jalan LP 8, Taman Limbongan Permai,
Lorong Pandan, 75200, Melaka. 

2. Mabohai Resort


Amboi kemain nama resort dia kan. Sekali baca macam nama tempat dekat oevrsea pulak. Padahal dekat Melaka je pun. Hehe. Tapi kalau nak berangan duduk dekat sini pun takpe sebab resort ni terletak di tepi pantai. Buka-buka pintu bilik dah boleh nampak air laut. Syok tu.



Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawar di sini. Ada yang menghadap laut ada yang menghadap taman. Paling menarik dinding dan siling bilik-bilik dekat sini diperbuat daripada kayu untuk beri suasana kampung pada para tetamu.


Antara kemudahan yang ada seperti kolam renang, peralatan untuk BBQ, wifi percuma, kemudahan untuk aktiviti korporat dan banyak lagi. Nak buat aktiviti sukan memang boleh sangat sebab kawasan luarnya sangat luas termasuk di tepi pantai.


Alamat :

3854C, Off, Jalan Klebang Besar,
Batang Tiga, Tanjung Kling,
76400 Melaka.

.

3. Homestay Melaka Taman Kenanga, Lorong Pandan, Melaka


Ni lagi satu homestay bagi korang yang bercuti dengan keluarga besar atau ada ahli keluarga warga tua sebabnya Homestay Melaka Taman Kenanga ni merupakan sebuah rumah teres 1 tingkat dan mempunyai 4 bilik tidur berhawa dingin dengan 2 bilik air.


Kelengkapan dapur untuk memasak semua lengkap. Nak BBQ just inform masa booking cuma kena bayar RM30 extra. Murah lah tu kan. Korang just bawa bahan je. Senang dah hidup.


Lokasi homestay pula terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Melaka seperti Bandar Hilir, Jonker Walk dan lain-lain. Kawasan homestay juga dekat dengan pasaraya dan kedai serbaneka seperti Tesco, Aeon dan Mydin.

Alamat :
Jalan Lorong Pandan,
Limbongan, 75250 Melaka.


4. Indah Kembara Apartment & Hostel Melaka


Bagi cikgu-cikgu yang plan nak bawa anak murid explore tempat bersejarah di Melaka, Indah Kembara Apartment & Hostel Melaka ialah penginapan terbaik untuk korang.


Di sini ada penginapan jenis apartmen, hostel,  dormitory,  homestay dan juga hotel. So cikgu-cikgu yang nak bawa family bercuti sekali pun boleh. Banyak penginapan yang ada.


Nak buat bengkel atau kursus sekali pun boleh. Ada kemudahan bilik seminar yang lengkap untuk digunakan. Untuk anak-anak, jangan risau kolam renang pun ada disediakan. Nak berendam sampai malam pun boleh.


Alamat :
No 46, Jalan LJ 1,
Taman Limbongan Jaya,
Limbongan, 75200 Melaka.

5. Pak Lah Homestay Klebang


Pak Lah Homestay Klebang memang terbaik!! Korang yang teringin nak bercuti di Melaka tapi ada bajet yang rendah, korang patut stay dekat sini. Sebab apa? Sebab homestay ni menawarkan 3 bilik tidur semuanya berhawa dingin pada harga RM150-RM200 semalam jer!! Murah giler kan!!


Homestay Pak Lah ni ada 3 unit yang terletak di taman yang sama. So kalau korang bercuti dengan keluarga besar atau nak hantar rombongan kahwin ke kan, boleh je pilih homestay ni sebab rumah yang korang inap tu berdekatan antara satu sama lain.


Kelengkapan rumah jangan risau. Semua lengkap termasuk peralatan memasak dan mesin basuh ada disediakan. Nak seterika baju pun boleh. Memang selesa bila stay dekat sini. Rasa macam duduk dekat rumah sendiri je. 

Lokasi pula memang terbaik. Tempat-tempat menarik dan kedai-kedai makan tempatan yang sedap pula sekitar 4-10 minit je dari homestay. No wonder semua yang pernah menginap di sini recommend homestay Pak Lah ni. Murah, bersih dan mudah diakses.

Alamat :
Taman Pulau Gadong Jaya,
Klebang Besar,
75200 Melaka.

6. Rumah Kotak Pantai Klebang


Nak stay dekat penginapan yang unik, korang boleh cuba stay di Rumah Kotak Pantai Klebang ni. Sebabnya dekat sini korang berpeluang tidur dalam kontena tau. Yang menarik, penginapan ni diusahakan oleh anak muda jati Pantai Klebang sendiri.



Selain dari bentuknya yang unik, homestay ni juga menawarkan percutian yang agak privacy yang jauh dari bunyi bising bandar. Sebab tu penginapan ni selalu penuh terutama pada cuti sekolah.



Terdapat 4 buah bilik ditawaran iaitu 2 bilik family dan 2 bilik studio dengan kemudahan asas yang lengkap. Kolam renang pun ada disediakan di sini. Nak buat small team building pun boleh. Nak lagi privacy, korang boleh sewa the whole place pada harga yang sangat berpatutan.

Alamat :
Lot 18423, Jalan Muhibbah 5,
Taman Muhibbah, Klebang Besar,
75250 Melaka.

7. Klebang Melaka Guest House


Siapa kata Melaka takde homestay dekat dengan sawah padi? Ada lah. Tak percaya korang boleh try menginap di Klebang Melaka Guest House ni. Cuma rumah bukan rumah kayu lah, tapi rumah batu. Tapi yang penting selesa untuk korang.


Homestay ni menawarkan 3 bilik tidur berhawa dingin dan 2 bilik air. Siap ada extra bantal dan tilam. Selesa untuk tampung 6-10 orang pada satu-satu masa. Homestay lengkap dengan semua kemudahan termasuk peralatan untuk memasak dan Wifi percuma.


Nak ke bandar Melaka atau pantai berdekatan, korang kena drive dalam 5-10 minit je. Dekat sangat lah tu kan. Janji tak perlu bersesak-sesak di tengah bandar. Buat jiwa stress je masa bercuti. Hehe.

Alamat :
No 19, Jalan Nirwana 11,
Taman Nirwana,
76400 Tanjung Kling, Melaka.


8. Ar-Raudhoh Homestay Pantai Puteri Melaka


Nak duduk homestay yang menghadap pantai? Korang kena stay di Ar-Raudhoh (AR) Villa ni. Rumah luas, bersih jangan cakap lah serupa hotel. Ada 2 jenis villa yang ditawarkan iaitu villa 1 dan 2 bilik tidur. Cuma dapur dan ruang makan kena share dengan tetamu lain. Kira open concept lah. Nak pekena tomya, boleh order dekat kedai sebelah je.



Lagi satu jenis penginapan yang ditawarkan ialah AR Village. Nak ke pantai kena jalan kaki sikit sekitar 400-500 meter je. Tak lah jauh mana. Depan bilik ada kolam renang. Confirm anak-anak akan suka. Kolam dewasa pun ada juga. Memalam boleh layan bunyi cengkerik. Baru lah fefeeling duduk dekat village kan.

Alamat :
Lot 2152, Jalan Pantai Puteri,
Pantai Puteri, Tanjung Kling,
76400 Melaka.

9. Homestay Kesidang Lia


Kalau ke Melaka, make sure korang cuba Nasi Lemak Bachang yang femes di kalangan penduduk tempatan. Tapi kena pergi cepat tau sebab kalau lambat, melepas. Ada pelbagai jenis nasi lemak yang korang boleh cuba.

Kalau takut melepas sebab lambat atau tersangkut dalam jammed, apa kata korang stay di kawasan berdekatan seperti di Homestay Kesidang Lia ni. Rumah pun selesa, dekat dengan bandar dan harga pun berpatutan.


Homestay Kesidang Lia ni ada 3 buah bilik berhawa dingin dengan 2 buah bilik air. Sesuai untuk korang yang datang bercuti dengan ahli keluarga yang ramai. Kemudahan rumah lengkap termasuk dengan peralatan memasak. 

Alamat :
No 163B, Jalan Kesidang 2/13,
Taman Kesidang Seksyen 2,
Bachang, 75250 Melaka.

10. Tejass Homestay Klebang Melaka


Tejass Homestay Klebang ni juga menawarkan penginapan 3 bilik berhawa dingin pada harga yang sangat berpatutan. Apa yang menarik, lokasi homestay terletak dekat dengan 2 pantai yang popular di Melaka iaitu Pantai Puteri dan Pantai Klebang.




Homestay corner lot ni lengkap dengan kemudahan asas untuk kegunaan para tetamu. Tapi kalau kata malas nak masak bila dah bercuti ramai-ramai ni, korang boleh je order dengan tuan rumah sebab mereka terima tempahan makanan dan minuman. Tapi kena bagitau awal-awal lah ye. Jangan last minute pulak.

Alamat :
Kampung Pinang 2, Jalan Impian,
Jalan Kampung Pinang B
75260 Tanjung Kling, Melaka.

11. Homestay Melaka Taman Pokok Mangga



Comel pulak nama taman Homestay Melaka Taman Pokok Mangga yang terletak di daerah Malim ni kan. Pada yang tak familiar dengan kawasan Malim ni, sebenarnya ianya terletak hanya 10 minit memandu ke bandar Melaka. Kira dekat sangat lah tu kan.


Rumah jenis teres ni boleh memuatkan sehingga 11 orang tetamu termasuk kanak-kanak. Mempunyai 3 buah bilik berhawa dingin untuk keselesaan para tetamu yang menginap di sini.



Laman rumah pun luas untuk buat mini aktiviti. Siap ada gazebo untuk bersantai-santai. Kemudahan homestay pula lengkap dengan ruang tamu, dapur, meja makan, mesin basuh dan seterika.

Alamat :
No. 1, Taman Pokok Mangga 23,
Jalan Pokok Mangga, 
75250 Melaka.


12. Pantai Puteri Chalet / Homestay - Anjung Sayang Chalet


Kalau korang rasa nak jauh sikit dari kesibukan bandar namun masih dekat dengan tempat-tempat menarik dan kedai-kedai makan tempatan yang popular, korang boleh untuk stay di Anjung Sayang Chalet ni.



Terletak 12km dari pusat bandar, Anjung Sayang Chlet ni menyediakan penginapan jenis chalet dan homestay 1 dan 2 bilik yang selesa dan berhawa dingin. Siap ada wifi percuma lagi. Cuti-cuti pun wifi tetap kena ada kan.


Nak ke pantai? Korang boleh jalan kaki je ke Pantai Puteri. Memang sangat dekat. Jalan depan sikit dah boleh sampai ke Roti John & Ayam Golek lejen di Melaka ni.

Tempat-tempat menarik seperti Makam Hang Tuah, Masjid Tertua Tanjong Kling, Rumah Tradisional Melayu Melaka dan Perkampungan Nelayan Hailam hanya terletak berdekatan kawasan homestay.

Alamat :
No 218, Batu 8,
Kampung Pengkalan Perigi,
76400 Tanjong Kling, Melaka.


Sebenarnya banyak lagi homestay yang menarik yang ada di Melaka ni. Nak tengok lagi, korang boleh baca homestay di Melaka yang dekat dengan tarikan pelancong ni. Semuanya selesa dan harga pun sangat berpatutan. Tinggal nak pilih je yang mana berkenan di hati dan sesuai dengan bajet korang. 

Post a Comment

Previous Post Next Post