Homestay murah tepi pantai di Melaka


Tengah-tengah stress dekat pejabat, tetiba teringat pantai.. Alahai bestnya kalau dapat lepak dekat tepi pantai sekarang ni kan. Tenang je rasa dapat tengok air laut yang membiru tu dari bilik hometay. Arghhh i really need vitamin-sea.

Tapi nak ke pantai timur macam jauh lah pulak. Tu belum masuk jammed nya lagi. Pikir punya pikir, bercuti dekat Melaka pun ok apa. Dekat je dengan KL ni. And now banyak je homestay atau hotel yang ada dekat tepi pantai. Lawa-lawa pulak tu homestay di melaka ni. Tinggal nak pilih je. Jom tengok sama-sama.

11 Homestay di Melaka Tepi Pantai!! Murah dan Berbaloi. Siap Boleh Mandi Laut Lagi. 


Homestay Terbaik di Pengkalan Balak

Kalau dari KL, korang akan jumpa exit Tol Simpang Ampat terlebih dahulu sebelum Ayer Keroh. Kalau keluar dari Tol Simpang Ampat, korang boleh ke pekan Alor Gajah, Pengkalan Balak dan Masjid Tanah.


Kalau malas nak jalan sampai ke bandar Melaka yang sedia sesak tu,  korang boleh je bercuti di daerah-daerah atas ni. Banyak je tarikan menarik yang ada termasuk chalet-chalet di tepi pantai Pengkalan Balak.

1. Seraya Pantai Chalet


Antara homestay terbaik di Pengkalan Balak yang korang boleh cuba ialah Seraya Pantai Chalet. Sesuai nak buat family day atau kursus boleh sebab semua kemudahan ada  disediakan termasuk dewan yang selesa.

Bab penginapan tak gaduh sebab ada banyak bilik ditawarkan mengikut bajet korang dan jumlah tetamu. Ada Seraya Inn,  Seraya Chalet dan juga Seraya Homestay.


Kalau korang jenis suka masak memasak, korang boleh pilih Seraya Homestay sebab peralatan memasak ada disediakan di sini. Tapi yang penting semua jenis bilik di sini berhawa dingin. Dan macam-macam aktiviti boleh buat termasuk berBBQ, memancing, mandi laut dan banyak lagi.

Alamat :
Kg Hailam, Pengkalan Balak,
78300 Masjid Tanah, Melaka.

2. Kampong Pinang Sebatang Chalet

Seperti pernah ku dengar nama Pinang Sebatang ni. Tapi di mana ye? Haa kalau yang ingat ingat lupa, nama Pinang Sebatang ni di ambil sempena nama sebuah kampung dalam filem Pendekar Bujang Lapok lakonan seniman agung P Ramlee. Confirm korang ingat dah kan.


Bagi yang inginkan percutian kampung ala zaman Melayu dulu kala,  korang wajib menginap di sini. Sebabnya homestay di sini di reka dengan reka bentuk tradisional di dalam persekitaran budaya Melayu lama dengan sentuhan kontemporari.


Tengok je lah hiasan di sekitar homestay, very old school. Kayu sini sana. Siap ada vespa kuning dan basikal tua sebagai hiasan. Menggamit nostalgia sungguh. 

Tapi yang paling menarik ialah tentang bilik Deluxe di sini. Apa yang menarik tu? Haaa korang boleh menikmati pemandangan laut yang indah sambil berendam air hangat dalam jakuzi dari dalam bilik je.  Best kan. Nikmat sungguh tu. Betul betul relaxing. Baru lah bercuti namanya. Kat Selangor & KL memang tak jumpa homestay macam ni.



Bab aktiviti pula jangan cakap lah. Macam-macam ada. Dari yang biasa-biasa seperti berbasikal atau menunggang kuda sampai yang mencabar seperti memancing di tengah laut atau diving,  semua korang boleh buat. Tapi kena request awal-awal lah ye. 

Alamat :
Jalan Persiaran Pantai,
Taman Perindustrian Pengkalan Balak,
78300 Masjid Tanah, Melaka.

3. Comel Beach Resort

Bagi kaki pancing, dengar kata Comel Beach Resort ni merupakan spot terbaik untuk memancing.


Sebabnya lokasi homestay yang terletak bersebelahan Pantai Puteri dan Teluk Gong. Antara ikan air masin yang ada seperti gelama, bebolos, pari dan kerapu. Kalau rasa letih boleh dirikan khemah dekat tepi pantai tu juga.




Terdapat 20 buah bilik ditawarkan di sini dan harganya antara yang termurah dan sesuai bagi korang yang inginkan percutian bajet. Tapi bajet bajet pun tetap selesa. Yang penting setiap bilik berhawa dingin dan ada extra tilam bujang. Siap Wifi percuma lagi. Ok sangat lah tu kan!!

Alamat :
Batu 21 1 / 2,
Jalan Kampung Hailam,
78300 Pengkalan Balak, Melaka.

4. Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai

Siapa sangka dekat Pengkalan Balak ni banyak chalet atau homestay selesa dan murah milik orang Muslim. Macam Teratak Rehat Atie Ira Chalet D'Pantai yang betul-betul depan pantai ni.


Setiap minggu penuh dengan tetamu yang check in di sini. Baik untuk bercuti bersama keluarga dan rakan mahupun yang datang untuk aktiviti syarikat.




Mana tak penuh, buka buka pintu chalet dah boleh terjun laut. In fact dekat atas katil sambil berbaring pun boleh tengok laut. Cantik dan mendamaikan especially masa sunset.

Nak berehat tepi pantai atau berteduh dari panas matahari atau nak buat makan-makan tepi pantai pun boleh sebab ada gazebo yang disewakan kepada para tetamu. 

Kalau korang suka memancing, lepas dapat hasil tangkapan tu boleh lah terus berBBQ juga. Sedap tu makan hasil laut yang segar sambil menikmati pemandangan yang indah.
Alamat :
Kg. Sg. Kertah, Pengkalan Balak,
78300  Masjid Tanah, Melaka.

5. Bonda Homestay Pengkalan Balak

Kalau homestay atau chalet dekat atas lebih kepada chalet untuk keluarga kecil, Bonda Homestay ni pula lebih korang yang ingin bercuti dalam keluarga besar dan nak stay di bawah satu bumbung yang sama. The more the merrier omputeh kata.


Lokasi homestay pula terletak di kawasan kampung yang mendamaikan. Nak ke pantai pula boleh hanya dengan berjalan kaki. Memang sangat sesuai untuk korang yang nak lari dari kesibukan bandar.


Terdapat 3 buah bilik berhawa dingin dengan katil saiz queen disediakan untk para tetamu. Kalau nak extra tila boleh request dengan tuan rumah sebab bilik dia luas dan selesa. Homestay ni juga lengkap dengan peralatan memasak. Kemudahan untuk berBBQ juga disediakan. Kalau rasa malas nak masak, korang boleh cuba makan di ikan bakar di Medan Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru yang terletak hanya 5 minit dari homestay.

Alamat :
Kampung Sungai Kertah,
Pengkalan Balak, 
75250, Masjid Tanah, Melaka.

6. Homestay / Chalet Pantai Suria

Nak merasa suasana hidup di perkampungan nelayan, korang boleh cuba stay di Chalet Pantai Suria ni. Terletak di betul-betul di tepi pantai Pengkalan Balak, percutian korang di sini mesti sangat menenangkan.

Walau chalet ni nampak macam biasa-biasa je, tapi tetap selesa tau. Fully aircond lagi. Harga pun sangat berpatutan. Sesuai untuk yang tercari homestay atau chalet bajet di tepi pantai.


Untung bila stay di chalet bajet ni ialah korang boleh stay lama tanpa perlu bayar mahal. Tak macam stay di hotel-hotel yang agak mahal harganya. Syok tu boleh bercuti lama dan hadap laut dari pintu chalet sepanjang masa.


Nak berBBQ? Boleh saja. Ada pondok-pondok kecil dengan peralatan untuk BBQ disediakan untuk para tetamu. Dan ianya percuma. Best kan!!


Alamat :
201, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak,
78200 Masjid Tanah, Melaka.


7. Homestay Kuala Sg Baru (Sea Frontage)


Sekali tengok korang mesti akan jatuh hari dengan kecantikan rumah tradisional Melaka di Homestay Kuala Sg Baru (Sea Frontage) ni. Cantiknya lah hai. Ni baru betul-betul rasa suasana kampung.



Kecantikan seni ukir kayu yang digunakan pada tingkap dan atap rumah menyerlahkan lagi keunikan rumah Melayu lama ni. Memang hanya ada di Melaka je u olls. No wonder banyak drama tv dirakam di sini. Tak percaya korang tengok lah sendiri gambar suasana di Homestay Kuala Sungai Baru ni. 

Tapi yang paling penting mesti lah lokasinya yang dekat dengan pantai. Buka pintu homestay dah boleh nampak pantai. Bangun pagi-pagi boleh terus terjun mandi laut. Untuk anak-anak pula ada kolam renang untuk dorang. Kot dorang tak nak mandi laut kan.


Nak lagi best, lokasi pantai di homestay ni merupakan spot thorbaek untuk kaki pancing. Nak menjala dan bersampan pun boleh.


Katanya ada banyak ikan, remis dan ketam yang korang boleh tangkap dekat sini. Ada sekali tu, ikan pari punya lah besar pun dapat ditangkap. Syok tu. Kalau korang dapat, boleh terus bakar fresh. Sedapnya. Nak dijadikan lauk pun boleh sebab kelengkapan memasak semua disediakan.

Alamat :
Lot 204, Batu 28 1/2 Kg Tengah,
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

8. Umang-Umang Chalet (Hermit Crab Chalet )

Unik pulak nama chalet ni kan. Umang-umang. Sejenis hidupan laut. Kena sangat lah nama tu sebab lokasi chalet ni juga terletak di tepi pantai.

Nak lagi best chalet ni ada private beach nya sendiri. Makna kata tetamu yang menginap dekat sini tak perlu nak bersesak dengan orang luar untuk lepak tepi pantai. Especially masa sunset.


Dekat tepi pantai tu ada pokok-pokok berumur ratusan tahun yang merimbun tau. So korang boleh lah berteduh dari panas terik matahari. Tak lah sunburn sangat. Siap ada buaian lagi. Syoknyaaa!!



Terdapat hampir 60 buah bilik dekat sini. Dari jenis chalet sampai lah bilik family sea yang baru di bina tahun lepas. Pilih je mana yang korang berkenan. Bab harga jangan risau sebab masih di kategorikan murah dan mampu bayar oleh rakyat marhaen macam kita ni. Hehe.

Paling menarik dekat Umang-umang Chalet ni ialah kolam renang nya yang terletak menghadap pantai. Sambil mandi kolam sambil layan view pantai. Nikmat tu. Bosan mandi kolam, jalan 4-5 langkah dah boleh terjun laut pulak. 2 in 1 orang kata.


Taman permainan mini untuk kanak-kanak pun ada. Confirm anak-anak korang akan enjoy sepanjang bercuti di sini. 
Alamat :
Lot 602, Batu 31, 
Bukit Darat, Kuala Linggi,
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

9. Laman Guesthouse

Satu lagi homestay atau chalet yang menarik dan selalu penuh waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Nak menginap dekat sini memang kena booking awal.


Menawarkan  bilik jenis deluxe dan standard pada harga yang sangat berpatutan. Bilik pulak kemas dan selesa. 


Bagi yang datang buat family day dekat sini, ada ruang yang luas dan berhawa dingin untuk korang jalankan aktiviti bersama seperti solat berjemaah,  bacaan yasin dan lain-lain. 


Bila bercuti tepi pantai ramai-ramai ni tak sah kalau tak berBBQ kan. Nah tempat BBQ yang korang boleh guna. Bersih dan selesa sangat.


Untuk anak-anak pula, wajib ada kolam renang.  Baru lengkap percutian bagi dorang.  Bagi yang dewasa, boleh lah sewa basikal dari homestay dan bersiar di kawasan perkampungan yang berdekatan. Mesti best.!!

Alamat:
Lot 545, Bt 32 Kampung Telok,
Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, 
78200 Melaka.

10. Munirah Homestay & Chalet

Nama pun Munirah Homestay & Chalet. So dekat sini ada penginapan jenis homestay dan juga chalet.


Penginapan jenis homestay ada 1 unit je. Boleh muat maksimum 22 orang. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Peralatan memasak semua lengkap.



Chalet pula ada 13 unit. Ada yang sea view ada yang tak. So make sure korang masa booking minta yang seaview tau. Pantai pula beberapa langkah je dari chalet. 

Pondok wakaf dan tempat BBQ ada disediakan tapi kena bayar RM40 dan siapa cepat dia dapat. Susah susah makan je dekat kedai makan berhampiran. Bila lagi nak rasa air tangan orang kampung kan. 

Alamat :
Kampung Padang Kemunting,
78300 Pengkalan Balak, 
Melaka. 

11. Casa Rasa Sayang.

Akhir sekali, Casa Rasa Sayang. Sebuah rumah banglo yang mempunyai 7 buah bilik yang berbeza dan yang pastinya cantik. Siap ada yang menghadap laut lagimelalui tingkap yang sangat besar. 


Kalau korang nak bercuti dengan saudara-mara sepupu sepapat, tempat ni yang terbaik. Korang boleh seea terus 1 banglo ni. Tapi kalau nak sewa 2-3 bilik saja pun boleh. Eh nak buat wedding dekat sini pun best juga. Tak caya boleh tengok gambar suasana di Casa Rasa Sayang ni. 



Setakat nak buat aktiviti memang takde masalah. Dekat luat banglo ada 2 padang yang boleh digunakan. Dekat dalam banglo pula boleh buat indoor game. Ada game seperti dart, congkak, carom, meja pool disediakan. Eh nak karaoke sampai ke pagi pun boleh. Semuanya percuma.


Kolam renang confirm ada. Menghadap laut lagi. Siap boleh nampak kerbau lalu dekat tepi pantai juga. Very the kampung ok. Hilang semua stress dekat bahu tu. Takut takut ada yang tak nak balik terus nanti. Hehe. 

Alamat :
Lot 1923, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

Kesimpulan Homestay Melaka di tepi pantai!

Fuhhh tak tahu nak pilih yang mana satu kan. Semuanya best best dan dekat sangat dengan pantai. Setiap satu ada keistimewaan tersendiri. Rasa nak stay dekat semua homestay dekat atas ni je. Boleh je kan sebab harga tak mahal mana pun. Lokasi pulak strategik. Tak puas hati lagi.  Nah senarai Homestay di Melaka yang berada di lokasi strategik untuk korang cuci mata lagi.



Post a Comment

Previous Post Next Post